"APA?!" jerit seorang gadis sebaik sahaja pulang dari Mesir. Nasib baik semua ahli keluarganya sempat menutup telinga masing-masing apabila gadis itu menjerit. Dia memandang umi dan abahnya dengan pandangan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Gadis itu tidak menyangka bahawa dia bakal menjadi tunang orang selepas menamatkan pembelajarannya di Mesir. "Aisyah, abah tidak peduli. Abah tetap mahu Aisyah berkahwin dengan Luqman. Ini adalah muktamad" tegur abah gadis itu dengan tegas sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Gadis, yang bernama Aisyah itu, memandang uminya dengan penuh simpati. Uminya sekadar menggelengkan kepalanya sebelum mengikut langkah abahnya yang sudah masuk ke dalam bilik. Apabila uminya membuat sebegitu, dia cuba meraih simpati dari abang-abang kembarnya yang berwajah seiras itu pula. "Maafkan kami, Aisyah. Along dan angah memang tidak dapat bantu Aisyah apabila abah sudah buat keputusan sebegitu. Jika umi tidak dapat pujuk abah, apatah la...
Kisah-kisah dongeng dan sekadar rekaan.