Langkau ke kandungan utama

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan hai, semua! Selamat datang ke blog saya. Mysterypurpearl di sini. Blog saya ini penuh dengan kisah fiksyen. Ini boleh menjadi misteri, percintaan, aksi, pengembaraan, fantasi, ataupun seram. Saya akan sering menggunakan Bahasa Melayu kerana saya tidak biasa menulis cerita fiksyen dalam Bahasa Inggeris.

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa saya menulis blog daripada menulis kisah-kisah ini dalam aplikasi penulisan seperti Wattpad, Webnove; atau Inkitt? Itu adalah soalan yang baik. Secara jujur, saya turut menulis kisah-kisah fiksyen ini di Wattpad. Namun, sebab utama mengapa saya menulis blog adalah saya ingin mengalami menulis di sebuah blog. Bagi kebanyakan orang, blogging adalah pekerjaan yang diimpiani mereka, tetapi bagi saya, blog adalah tempat lain untuk berkongsi kisah-kisah fiksyen ini dengan orang lain. Bagi saya, wang bukanlah alasan utama mengapa saya mula menulis blog. Menulis blog merupakan tempat lain untuk saya menjadi seorang penulis, yang merupakan impian saya sejak saya berada di sekolah menengah lagi.

Bagi yang inginkan username Wattpad saya, ini adalah username saya: @mysterypurpearl. Harap anda semua sukakan kisan-kisah fiksyen yang bakal diterbitkan pada waktu lapang saya!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN: Takdir Musim Luruh

Tidak ada yang menggangguku ketika aku duduk di pasir. Kedengaran bunyi ombak ketika ia menghempas ke pantai. Angin berbisik di telingaku, seolah-olah memberitahuku bahawa mereka mempunyai sebuah rahsia paling gelap. Kelihatan pantai itu dikunjungi ramai orang. Ramai yang kunjungi pantai itu bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan. Aroma sate barbeku telah membuatku kelaparan. Namun, sepasangan suami isteri telah menarik perhatianku. Cara layanan si suami kepada sang isteri telah mengingatiku akan seseorang jejaka yang sedang sibuk bekerja untuk menyaraku dan bakal anak-anak kami. Nama aku adalah Nur Hasya Afeeya dan ini merupakan kisahku. Aku melangkah keluar dari Pulkovo Airport, Russia, tepat pada jam 2.30 petang. Mataku sedang mencari sebuah teksi yang boleh membawaku ke St. Peterburg, Russia. Sudahlah aku sedang penat, teksi pula boleh lambat. Nasib baik aku sedang memakai blaus merah yang dikenakan dengan seluar panjang hitam dan kasut flat. Setiba sahaja teksi tiba, aku dib...