Kagum. Itulah yang aku rasakan sejak aku melangkah masuk ke sebuah restoran yang diminati ramai, Kenny Rogers Roasters. Mungkin kerana layanan yang diberikan oleh pelayan-pelayan restoran itu amat memuaskan hati serta makanan yang dihidangkan amat menyelerakan dan lazat. Pada tengah hari itu, restoran itu dikunjungi ramai orang kerana waktu itu adalah waktu rehat . Kebersihan restoran itu dijaga dengan tertib. Lantai dan hampir kesemua meja makan kelihatan amat berkilat. Kelihatan ramai pelanggan yang seronok berborak bersama keluarga mahupun pasangan mereka. Lagu demi lagu dimainkan untuk menghiburkan pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut. Aku memandang sekeliling untuk mencari meja kosong agar aku dan dua lagi rakan baikku dapat meluangkan masa serta makan tengah hari bersama. Setelah mendapat meja kosong, aku memesan segelas air sementara menunggu kedatangan rakan-rakanku. Tiba-tiba, suatu kekecohan berlaku telah menganggu ketenteraman ramai pelanggan termasuk aku. Rupa-rup...
Kisah-kisah dongeng dan sekadar rekaan.