Kagum.
Itulah yang aku rasakan sejak aku melangkah masuk ke sebuah restoran yang
diminati ramai, Kenny Rogers Roasters. Mungkin kerana layanan yang diberikan
oleh pelayan-pelayan restoran itu amat memuaskan hati serta makanan yang
dihidangkan amat menyelerakan dan lazat. Pada tengah hari itu, restoran itu
dikunjungi ramai orang kerana waktu itu adalah waktu rehat . Kebersihan
restoran itu dijaga dengan tertib. Lantai dan hampir kesemua meja makan
kelihatan amat berkilat. Kelihatan ramai pelanggan yang seronok berborak
bersama keluarga mahupun pasangan mereka. Lagu demi lagu dimainkan untuk
menghiburkan pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut. Aku memandang
sekeliling untuk mencari meja kosong agar aku dan dua lagi rakan baikku dapat
meluangkan masa serta makan tengah hari bersama. Setelah mendapat meja kosong,
aku memesan segelas air sementara menunggu kedatangan rakan-rakanku.
Tiba-tiba,
suatu kekecohan berlaku telah menganggu ketenteraman ramai pelanggan termasuk
aku. Rupa-rupanya, seorang pelayan dimarahi oleh seorang pelanggan yang baru
sahaja tiba di restoran tersebut. Atas sebab apa pelayan itu dimarahi, aku
tidak pasti namun aku amat kagum dengan sikap pelayan itu. Dia kelihatan tenang
sambil mengukirkan sebuah senyuman tipis untuk pelanggan itu. Ingin sahaja aku melangkah
ke arah mereka dan menolong pelayan itu. Namun, niatku dibatalkan sebaik sahaja
pelayan itu beralih ke meja yang lain. Mungkin kesilapan pelayan itu adalah
tidak membersihkan meja kotor yang diduduki oleh pelanggan itu. Ramai pelanggan
seakan-akan meluat dengan sikap pelanggan tersebut. Aku sekadar menggelengkan kepalaku
apabila melihat kelakuan pelanggan-pelanggan yang lain yang suka sahaja
mengumpat tentang keburukan orang lain. Tidak lama kemudian, rakan-rakanku tiba
dan kami bertiga memesan makanan kami.
Walaupun keadaan
di restoran itu agak bising dengan lagu yang dimainkan serta pelanggan yang
sibuk makan dan berbual, aku terdengar kekecohan yang masih berlaku berkaitan
dengan pelanggan itu. Entah apa silap pelayan itu lagi, pelanggan itu
seakan-akan mencari kesilapan pelayan tersebut akan sesuatu perkara. Pelanggan
itu sering menunjuk ke arah makanan yang dipesankannya dan mengatakan bahawa makanan
itu langsung tidak menepati cita rasanya. Rakan-rakanku seakan-akan tahu apa
yang inginku lakukan dan segera menghalangku membuat sebarang kekecohan.
Kelihatan pelayan itu menunduk sambil meminta maaf dan menyarankan pelanggan
itu untuk memilih makanan yang berbeza.
“Saya akan
sedaya-upaya mengikut cita-rasa Tuan,” tutur pelayan itu dengan penuh keyakinan
setelah mendapat tahu apa cita-rasa pelanggan itu.
Aku terkesima
seketika apabila melihat situasi itu. Pelayan itu melayan pelanggan cerewet itu
dengan hormat walaupun sudah dua kali dimarahi dengan pelanggan yang sama. Kebanyakan
pelanggan di restoran itu memandang pelanggan cerewet itu dengan pandangan
meluat. Mungkin kerana pelanggan cerewet itu seakan-akan berlebihan akibat sering
membuat aduan tentang meja yang kotor dan makanan yang tidak mengikut cita-rasanya.
Sekarang, pelanggan cerewet itu ingin membuat aduan tentang tidak dapat merasakan
kesejukan penghawa dingin. Pelayan itu menurutkan sahaja kehendak pelanggan itu
dan meningkatkan suhu penghawa dingin. Meskipun sudah meningkatkan penghawa
dingin, pelanggan tersebut tetap memarahi pelayan itu kerana dia masih tidak
dapat merasakan kesejukan.
Aku segera bangun dari tempat dudukku. Kesemua pelanggan itu memandang kejadian itu manakala aku menghiraukan panggilan dari rakan-rakanku. Sebuah tamparan kuat diberikan kepada pelanggan itu sambil menolong pelayan itu berdiri. Aku menegurnya tentang sikapnya yang tidak menyenangkan bagi ramai pelanggan serta pelayan di restoran itu. Aku turut memberitahunya bahawa jangan disebabkan kelakuan pelanggan itu, orang lain menilai dan memandang buruk tentangnya. Jangan disebabkan pelayan itu sekadar menurutkan permintaan, itu tidak menjadikan sebuah tiket untuk memarahi dan memijak kepalanya. Walaupun dimarahi oleh seseorang yang tidak dikenali, pelayan itu tetap bersabar dan tabah menghadapinya dengan tenang. Jika tidak mempunyai kesabaran, maka situasi itu tidak akan menjadi seperti apa yang disangkakan. Aku mat kagum dengan cara pelayan itu mengatasi situasi itu dengan baik.
Ulasan
Catat Ulasan