Langkau ke kandungan utama

Tingkah Laku Devian

Assalamualaikum wr. wb.

Apakah maksud devian? Mengapa remaja terlibat dengan tingkah laku ini? Bagaimana mereka boleh dibantui? Soalan-soalan ini sering ditanya oleh para ibu bapa dan pihak sekolah akan tingkah laku remaja pada zaman ini. Di blog saya, saya akan menerangkan soalan-soalan yang ditanyakan pada awal post ini. Mari kita mulakan dengan pengertian devian.

Devian merupakan orang yang melanggar peraturan. Tingkah laku devian pula merupakan perlakuan yang melanggar peraturan atau menyalahi norma masyarakat setempat. Antara perlakuan devian yang sering dikaitkan dengan remaja termasuklah rokok, lumba haram, ponteng sekolah, salah laku seksual dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Remaja mungkin terlibat dengan lebih dari satu tingkah laku devian. Sebagai contoh, remaja yang ponteng sekolah ditangkap sedang merokok. Sekumpulan remaja yang mabuk melakukan hubungan seks rambang sesama mereka. Secara ringkas, perlakuan salah satu tingkah laku devian mendorong tingkah laku devian yang lain. Ini malah mendorong remaja terjebak dengan perlakuan jenayah dan akhirnya dijatuhkan hukuman.

Terdapat pelbagai faktor penyumbang kepada tingkah laku devian ini dan remaja sendiri tidak sedar tentang pelbagai risiko akibat tingkah laku tersebut. Mereka mudah terpengaruh dengan rakan atau media yang negatif. Keluarga pula mungkin berpecah-belah, kurang kawalan, kurang kasih sayang dan sokong moral daripada ibu bapa. Selain itu, faktor persekitaran amat mudah diperoleh melalui edaran bercetak, internet dan telefon mudah alih. Pengaruh rakan dan perasaan puas atau seronok menyebabkan remaja ketagih. Ini menyebabkan remaja terlupa bahawa keseronokan dan kepuasan tersebut hanyalah sementara. Tuhan memberikan akal fikiran yang waras untuk remaja berfikir dan mereka perlulah bijak memilih.

Mencegah jauh lebih baik daripada mengubati. Sekali tersalah langkah, remaja memerlukan usaha yang berganda untuk kembali ke pangkal jalan. Sekiranya mampu, bantulah rakan anda yang turut terjebak dalam aktiviti-aktiviti ini. Jika tidak mampu menolong secara langsung, bantulah mereka untuk mendapatkan bantuan dari sumber lain yang boleh dipercayai. Hukuman terhadap pelbagai salah laku devian dalam kalangan remaja mungkin bukan pilihan yang paling tepat untuk mengatasi masalah ini. Punca sebenar remaja terlibat dalam aktiviti devian mungkin berbeza. Aspek psikososial dalam setiap diri remaja berisiko tersebut perlu diterokai untuk merungkaikan permasalahan dalaman yang tidak selesai itu.

Itu sahaja buat hari ini! Semoga apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua dan semoga kita bertemu kembali di post selanjutnya! 5 hari lagi sudah tiba bulan Ramadhan dan saya ingin mengucapkan selamat berpuasa!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

CERPEN: Takdir Musim Luruh

Tidak ada yang menggangguku ketika aku duduk di pasir. Kedengaran bunyi ombak ketika ia menghempas ke pantai. Angin berbisik di telingaku, seolah-olah memberitahuku bahawa mereka mempunyai sebuah rahsia paling gelap. Kelihatan pantai itu dikunjungi ramai orang. Ramai yang kunjungi pantai itu bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan. Aroma sate barbeku telah membuatku kelaparan. Namun, sepasangan suami isteri telah menarik perhatianku. Cara layanan si suami kepada sang isteri telah mengingatiku akan seseorang jejaka yang sedang sibuk bekerja untuk menyaraku dan bakal anak-anak kami. Nama aku adalah Nur Hasya Afeeya dan ini merupakan kisahku. Aku melangkah keluar dari Pulkovo Airport, Russia, tepat pada jam 2.30 petang. Mataku sedang mencari sebuah teksi yang boleh membawaku ke St. Peterburg, Russia. Sudahlah aku sedang penat, teksi pula boleh lambat. Nasib baik aku sedang memakai blaus merah yang dikenakan dengan seluar panjang hitam dan kasut flat. Setiba sahaja teksi tiba, aku dib...

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan hai, semua! Selamat datang ke blog saya. Mysterypurpearl di sini. Blog saya ini penuh dengan kisah fiksyen. Ini boleh menjadi misteri, percintaan, aksi, pengembaraan, fantasi, ataupun seram. Saya akan sering menggunakan Bahasa Melayu kerana saya tidak biasa menulis cerita fiksyen dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa saya menulis blog daripada menulis kisah-kisah ini dalam aplikasi penulisan seperti Wattpad, Webnove; atau Inkitt? Itu adalah soalan yang baik. Secara jujur, saya turut menulis kisah-kisah fiksyen ini di Wattpad. Namun, sebab utama mengapa saya menulis blog adalah saya ingin mengalami menulis di sebuah blog. Bagi kebanyakan orang, blogging adalah pekerjaan yang diimpiani mereka, tetapi bagi saya, blog adalah tempat lain untuk berkongsi kisah-kisah fiksyen ini dengan orang lain. Bagi saya, wang bukanlah alasan utama mengapa saya mula menulis blog. Menulis blog merupakan tempat lain untuk saya menjadi seorang penulis, yang meru...