Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tingkah Laku Devian

Assalamualaikum wr. wb. Apakah maksud devian? Mengapa remaja terlibat dengan tingkah laku ini? Bagaimana mereka boleh dibantui? Soalan-soalan ini sering ditanya oleh para ibu bapa dan pihak sekolah akan tingkah laku remaja pada zaman ini. Di blog saya, saya akan menerangkan soalan-soalan yang ditanyakan pada awal post ini. Mari kita mulakan dengan pengertian devian. Devian merupakan orang yang melanggar peraturan. Tingkah laku devian pula merupakan perlakuan yang melanggar peraturan atau menyalahi norma masyarakat setempat. Antara perlakuan devian yang sering dikaitkan dengan remaja termasuklah rokok, lumba haram, ponteng sekolah, salah laku seksual dan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Remaja mungkin terlibat dengan lebih dari satu tingkah laku devian. Sebagai contoh, remaja yang ponteng sekolah ditangkap sedang merokok. Sekumpulan remaja yang mabuk melakukan hubungan seks rambang sesama mereka. Secara ringkas, perlakuan salah satu tingkah laku devian mendorong tingkah laku devian y...
Catatan terbaharu

CERPEN: Sikap Yang Mengagumkan

Kagum. Itulah yang aku rasakan sejak aku melangkah masuk ke sebuah restoran yang diminati ramai, Kenny Rogers Roasters. Mungkin kerana layanan yang diberikan oleh pelayan-pelayan restoran itu amat memuaskan hati serta makanan yang dihidangkan amat menyelerakan dan lazat. Pada tengah hari itu, restoran itu dikunjungi ramai orang kerana waktu itu adalah waktu rehat . Kebersihan restoran itu dijaga dengan tertib. Lantai dan hampir kesemua meja makan kelihatan amat berkilat. Kelihatan ramai pelanggan yang seronok berborak bersama keluarga mahupun pasangan mereka. Lagu demi lagu dimainkan untuk menghiburkan pelanggan yang mengunjungi restoran tersebut. Aku memandang sekeliling untuk mencari meja kosong agar aku dan dua lagi rakan baikku dapat meluangkan masa serta makan tengah hari bersama. Setelah mendapat meja kosong, aku memesan segelas air sementara menunggu kedatangan rakan-rakanku. Tiba-tiba, suatu kekecohan berlaku telah menganggu ketenteraman ramai pelanggan termasuk aku. Rupa-rup...

CERPEN: Bulan Madu di Musim Luruh

  "APA?!" jerit seorang gadis sebaik sahaja pulang dari Mesir. Nasib baik semua ahli keluarganya sempat menutup telinga masing-masing apabila gadis itu menjerit. Dia memandang umi dan abahnya dengan pandangan yang amat sukar untuk ditafsirkan. Gadis itu tidak menyangka bahawa dia bakal menjadi tunang orang selepas menamatkan pembelajarannya di Mesir. "Aisyah, abah tidak peduli. Abah tetap mahu Aisyah berkahwin dengan Luqman. Ini adalah muktamad" tegur abah gadis itu dengan tegas sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Gadis, yang bernama Aisyah itu, memandang uminya dengan penuh simpati. Uminya sekadar menggelengkan kepalanya sebelum mengikut langkah abahnya yang sudah masuk ke dalam bilik. Apabila uminya membuat sebegitu, dia cuba meraih simpati dari abang-abang kembarnya yang berwajah seiras itu pula. "Maafkan kami, Aisyah. Along dan angah memang tidak dapat bantu Aisyah apabila abah sudah buat keputusan sebegitu. Jika umi tidak dapat pujuk abah, apatah la...

CERPEN: Takdir Musim Luruh

Tidak ada yang menggangguku ketika aku duduk di pasir. Kedengaran bunyi ombak ketika ia menghempas ke pantai. Angin berbisik di telingaku, seolah-olah memberitahuku bahawa mereka mempunyai sebuah rahsia paling gelap. Kelihatan pantai itu dikunjungi ramai orang. Ramai yang kunjungi pantai itu bersama keluarga mahupun bersama kawan-kawan. Aroma sate barbeku telah membuatku kelaparan. Namun, sepasangan suami isteri telah menarik perhatianku. Cara layanan si suami kepada sang isteri telah mengingatiku akan seseorang jejaka yang sedang sibuk bekerja untuk menyaraku dan bakal anak-anak kami. Nama aku adalah Nur Hasya Afeeya dan ini merupakan kisahku. Aku melangkah keluar dari Pulkovo Airport, Russia, tepat pada jam 2.30 petang. Mataku sedang mencari sebuah teksi yang boleh membawaku ke St. Peterburg, Russia. Sudahlah aku sedang penat, teksi pula boleh lambat. Nasib baik aku sedang memakai blaus merah yang dikenakan dengan seluar panjang hitam dan kasut flat. Setiba sahaja teksi tiba, aku dib...

Selamat Datang!

Assalamualaikum dan hai, semua! Selamat datang ke blog saya. Mysterypurpearl di sini. Blog saya ini penuh dengan kisah fiksyen. Ini boleh menjadi misteri, percintaan, aksi, pengembaraan, fantasi, ataupun seram. Saya akan sering menggunakan Bahasa Melayu kerana saya tidak biasa menulis cerita fiksyen dalam Bahasa Inggeris. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa saya menulis blog daripada menulis kisah-kisah ini dalam aplikasi penulisan seperti Wattpad, Webnove; atau Inkitt? Itu adalah soalan yang baik. Secara jujur, saya turut menulis kisah-kisah fiksyen ini di Wattpad. Namun, sebab utama mengapa saya menulis blog adalah saya ingin mengalami menulis di sebuah blog. Bagi kebanyakan orang, blogging adalah pekerjaan yang diimpiani mereka, tetapi bagi saya, blog adalah tempat lain untuk berkongsi kisah-kisah fiksyen ini dengan orang lain. Bagi saya, wang bukanlah alasan utama mengapa saya mula menulis blog. Menulis blog merupakan tempat lain untuk saya menjadi seorang penulis, yang meru...